Buku Panduan Praktikal ini disediakan terutamanya bagi sesiapa yang menjalankan kes pendakwaan atau pembelaan, mengikut kes yang berkenaan, di Mahkamah Rendah dan juga Mahkamah Tinggi di Malaysia. Buku ini juga adalah versi dikemas kini daripada edisi terdahulu (Edisi Kedua) yang diterbitkan pada tahun 2008. Tajuk buku ini telah dipinda untuk merangkumi kesemua aspek litigasi jenayah. Bab baru mengenai hukuman telah ditambah dan beberapa bab telah diperluaskan. Buku ini amat berguna bagi mengikuti perkembangan terkini undang-undang, dan semua kes-kes rujukan turut dikemas kini untuk menjadikan buku ini lebih lengkap dan bermanfaat.
Published: 10 June, 2024
Publisher: LexisNexis Malaysia
Ciri-ciri utama:
• Buku ini memberi panduan langkah demi langkah mengenai cara mengendalikan perbicaraan jenayah di semua peringkat Mahkamah di Malaysia.
• Menunjukkan situasi-situasi sulit yang biasa yang harus dielakkan untuk memastikan kes jenayah dijalankan dengan jayanya.
• Membincangkan isu perundangan biasa yang timbul semasa perbicaraan dengan teliti dan undang-undang kes yang relevan dikemukakan untuk menunjukkan pendekatan yang perlu diambil untuk menangani isu itu.
• Mengandungi contoh pertuduhan atas semua kesalahan biasa di bawah Kanun Keseksaan, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Penculikan 1961 dan lain-lain, dan unsur-unsur bagi setiap kesalahan dikenalpasti.
• Mengandungi senarai kes-kes yang menyentuh setiap aspek litigasi jenayah mengikut susunan abjad secara menyeluruh.
• Menyediakan glosari mengenai beberapa istilah undang-undang yang kerap digunakan untuk membantu pelajar undang-undang memahami istilah yang digunakan di Mahkamah.
• Mengandungi ringkasan pendakwaan, borang-borang mahkamah dan bahan duluan untuk membantu pendakwa raya baharu serta pengamal untuk lebih memahami dokumen tersebut.
• Buku ini adalah sebuah rujukan yang praktikal dan mudah difahami bagi pengamal dan pendakwa raya yang sibuk.
Bab 1: Permulaan Prosiding Jenayah
Bab 2: Persediaan untuk Perbicaraan
Bab 3: Prosiding Perbicaraan
Bab 4: Masalah yang Dihadapi oleh Pihak Pendakwaan dan Pembelaan Semasa Perbicaraan
Bab 5: Hukuman
Bab 6: Permohonan Pelbagai dalam Kamar dan Mahkamah Terbuka di Mahkamah Rendah/Mahkamah Tinggi
Bab 7: Rayuan dan Penyemakan
Bab 8: Kesalahan Lazim di bawah Kanun Keseksaan
Bab 9: Kesalahan Lazim di bawah Akta-Akta Lain
Bab 10: Kes-Kes
Glosari