Kompilasi & Ulasan Kes Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia

Buku teks bertajuk Kompilasi & Ulasan Kes Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia ini mengandungi kompilasi kes-kes Undang-undang Keluarga Syariah bersama ulasan dan komentar oleh pakar undang-undang Syariah. Buku ini merangkumi kira-kira 25 kes undang-undang keluarga yang terkemuka dan terkini, yang meliputi topik-topik utama seperti Poligami, Perkahwinan, Perceraian, Kesahtarafan Anak, Penjagaan Anak, Nafkah Isteri dan Anak, serta Harta Sepencarian. Selain itu, buku ini turut memuatkan analisis kes Mahkamah Persekutuan yang penting, termasuk kes Indira Gandhi lawan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Grouped product items
Product Format Details Qty
eBook
was MYR 270.00 Special Price MYR 256.50
ISBN: 9786297669618
Book (Soft cover)
was MYR 350.00 Special Price MYR 332.50
In Stock ISBN: 9786297669601

Buku ini amat bermanfaat sebagai rujukan dan bacaan untuk para peguam, ahli akademik, para penyelidik, pelajar undang-undang, pelatih dalam kamar, serta orang awam yang ingin memahami lebih mendalam mengenai jenis-jenis kes undang-undang keluarga Islam yang dibicarakan di mahkamah Syariah. Buku ini menjelaskan tentang alasan penghakiman oleh hakim serta pandangan pakar perundangan Syariah, menjadikannya satu sumber yang berguna dalam memahami selok-belok Undang-undang Keluarga Islam.

  • Buku ini mengandungi kes-kes terkini dan terkemuka dari Syariah Law Reports oleh LexisNexis Malaysia termasuk kes ternama iaitu Indera Gandhi lwn. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak yang dibincang dan diulas secara terperinci oleh pakar Syariah
  • Buku ini menbincangkan topik-topik utama undang-undang keluarga Islam iaitu Poligami, Perkahwinan, Perceraian, Kesahtarafan Anak, Penjagaan Anak, Nafkah Isteri dan Anak, dan Harta Sepencarian
  • Buku ini mengandungi ulasan terperinci dan pandangan mendalam dari pakar Syariah terhadap isu kes, fakta kes, keputusan mahkamah dan perkara-perkara yang dipertimbangkan oleh makhamah dalam memutuskan keputusan
  • Pakar Syariah yang mengulas kes-kes undang-undang keluarga Islam ini menyertakan pandangan mengikut prinsip Islam berlandaskan Al-Quran

Featured Authors